Pages

Friday, January 27, 2012

kalau nak menyorok lagi mau sorok..tapi


Kalau nak menyorok lagi mau sorok...tapi kita kan sekarang zaman FB/twit. Kita lebih menjadi prihatin terhadap masyarakat dan istilah jaga tepi kain orang itu pun dah menjadi menjadi biasa bagi semua. Dibenarkan malah lebih dari itu.Baguss!!! Aku pun terlibat sama hehe..kerana itu adalah flow atau trend sekarang. Senang nak berhubung,meluah rasa,mengupdate status, mencari jodoh(bagi yg belum berumahtangga/tetapi ada juga yg cuba2 test market). Hehe..tapi jangan bimbang ada banyak baiknya, orang yang malu bertanya pasal agama dah mula kenal erti Islam. Orang yang rendah diri sudah mula mampu tersenyum dan bersosial secara online. Buatlah ayat atau status yang boleh menarik hati untuk respon kepadanya,senang kan. Ramai orang lebih senang tersenyum didepan komputer,tablet atau handphone sekarang.(cth :) ;) :P :D hehe..hahaha,kuikuikui..hihi.).Lebih ikhlas sebenarnya sebab tu lah sebenarnya diri kita yang sebenarnya kan. Kalau kat depan2 malu-malu pulak tersenyum dengan pasangan,rakan,saudara mara. Hmm..cuma kadang2 kesian melihat "dunia nyata",bukan online ya. Tengok pasangan tidak lagi rancak berbual ketika berjalan-jalan tak kiralah diorang naik kereta,taksi atau bas, ajak member tengok movie dirumah ada beberapa org yg tengok BB tersengeh2 walaupun ada adengan yang hebat discreen LCD 41" tu. Masing2 ada dunia kedua mereka. So hilanglah "sesuatu" dalam kehidupan ini yang tidak disedari telah digantikan dengan teknologi ajaib ini. Contoh lagi: sepasang suami isteri dulunya saling berbual bercerita apa yg mereka lihat dlm perjalanan mereka menaiki kereta. Mesra nampaknya,walaupun kisah2 kecil seperti "eh tengok awn tu cantikkan!" atau " eh tgk org tu kenapa perut dia camtu" atau "makcik tu pakai baju stylo lah"...semua tu dah tak de dah sekarang. Masing2 dengan dunia "kedua" mereka BlackBerry world huo ho ho hoo.....lebih banyak cerita2 dan status yg menarik kat dalam. Kenapa nak kisahkan satu dua cerita dari isteri atau suami dalam perjalanan tu, ada beratusssss..status menarik kat dalam FB atau Twitter tu ;).Hmm..tapi jangan bimbang walaupun ada dunia kedua bagi mereka sekarang mereka tetap akan memandang diluar tingkap kereta juga serta beri respon juga dengan pasangan. Contohnya ada bunyi " Srreeeettt..baangg!!!!"crash! boomm! bangg!!"kat sebelah atau didepan. Baru lah respon dan bercerita panjang tentang itu. Yup! hanya benda2 besar saja yg maybe kita notis. Hanya perkara besar saja. Kalau nak menyorok lagi mau sorok..tapi tulah kan...kena ikut flow, ini hanya sebuah pandangan dan sedikit pengalaman. Kembalikan perkara kecil ku....

Wednesday, January 11, 2012

Impian kita

Impian diibaratkan sebagai benih yang ditanam. Sekiranya jaga impian itu ia akan tumbuh
meninggi setiap hari. Semakin lama semakin jelas kenyataannya. Namun kadang-kadang kita terlupa bahawa ada cabang pada akar yang kita tidak melihat percambahannya. Nah,sekarang impian sudah berakar. Banyaknya impian kita rupanya,masa satu nak pilih dan mana satu nak mula? Akar mana yang akan menuju pada sumber yang subur? Macamana ni. Jawapan yang selalu digunakan oleh aku ialah buat je, on jer mana-mana impian yg mudah dilaksanakan yang penting minta padaNya. Kerana pada akhirnya benih yang ditanam tadi dilihat sebagai sebatang pokok yang telah rimbun dengan pelbagai impian. Ayuh sama2 kita tanamkan pohon impian masing-masing.

Thursday, September 15, 2011

Cerita Lelakiboy


Sebenarnya Lelakiboy ni adalah salah satu hadiah birthday untuk anak aku :P. Asal watak ini tujuan nak buat komik dan short. Ada dua watak sebenarnya "Matamataman & Lelakiboy. Tapi memandangkan ada pelbagai urusan mendatang progress aktiviti ni tidak kesampaian lagi. Pada masa tu plak Raiyan dia sibuk nak jadi hero, apa lagi buat logo,cari baju,gunting kain (Lynn punya part) nah! terciptalah Lelakiboy. Kalau ikutkan pada 31 Ogos aritu Lelakiboy dah nak keluar iklan kat youtube. Segalanya pasal semangat kemerdekaan lah. Raiyan suka dengan bendera Malaysia, tu yang letak sebagai kain kat belakang baju dia tu. So tak tau lah lagi apa kesudahnyanya, mungkin jadi komik atau mungkin jadi short. Tapi usaha yang telah kami lakukan dan cukup untuk membuatkan Raiyan happy. Lapang dada melihatnya...

Awas orang jahat...Lelakiboy datang!

Monday, September 12, 2011

Hani


Ingin keluar dari apa yang dilalui setiap hari, mencari kelainan rasa dan pandangan.Hani seperti kupu2 yang hilang arah dibawa angin takdir walaupun dikawal indah sayap haluannya tetap tidak diketahui. Setiap sudut pandang dulunya membawa erti pada hati pada jiwa, tetapi sekarang seolah hilang seri seolah-olah hilang rohnya. Perfume sahabat dan kawan sudah tidak terbau lagi. Jauh nun tah kemana. Hani hanya melihat tingkap yang tidak berlangsir sesekali teringat corak dan ragam hias langsir lama yang pernah dipasang dulu. Merah,kuning,putih..warnanya. Hani mendekati tingkap lalu melihat keluar. Redup cahaya terukir dimukanya dahi bersentuhan dengan kaca tingkap matanya liar mencari ruang-ruang hijau dicelah pohon tua di luar rumah. Adakah kehidupan yang sudi berkongsi perasaan dengannya. Wahai semangat dicelah-celah pohon keluarlah bermain dengan ku, sesiapa saja yang ada tunjukkan lah wajah mu. Hati Hani berdetik memanggil. Daun bergeseran,dahan bergerak-gerak seolah mendengar apa kata hati Hani. Pejamkan mata mu...seseolah ada suara yang membisik. Mata terus terpejam. Hidung terbau segar hutan dan telingan mula terdengar suara serangga kecil. Sedikit demi sedikit kelopak mata dibuka. Taman kecil yang ditumbuhi dengan mawar yang mempunya tiga warna. Haruman yang amat menyenangkan. Hani tersenyum, airmata berlinang membasahi pipi. Inikah dia, kawasan rahsia yang dicari. Pandangan Hani tiba-tiba menjadi kaku, kemana hilangnya taman mawar tadi? hanya warnanya saja yang lekat diingatan merah,Kuning,putih. Begitu juga haruman baunya masih terlekat dibenak rasa. Oh tidak.pandangannya kabur, kelihatan tingkap yang tidak berlangsir itu semula, teringat semula wangi perfume sahabat dan rakan lama. Hani masih disitu. Tiada semangat yang melawat, seyuman telah hilang dibibir tetapi airmata masih hangat mengalir.

Sunday, September 11, 2011

Maaf

Maaf kepada semua kerana tidak membuatkan blog ni seperti tahun2 yang lalu, panjang menerangkan sesuatu dan berkongsi pengalaman. Minda seolah2 beku melahirkan sesuatu yang jujur tak tahu mengapa ia lebih rela disimpan didalam hati. Mungkin mata ni dah selalu melihat status2 manusia di FB, membuatkan pengkongsian hidup ini menjadi megitu murah sekarang. Kadang2 terfikir elok ke bercerita tentang diri dan mengharapkan seseorang respon kepadanya? Tapi fikir2 balik elok jugak dari memendam rasa. Yelah tu, FB dan Blog saya sama saja sunyinya...

Aku mengimbas kembali entry2 lama yang pernah aku buat, tersenyum sendiri dan pelik pun ada mana datangnya semua tu. Dah pun menjadi nostalgia tulis-tulisan tersebut.

Aku rindu juga ingin memanjangkan blog ni...nak mulakan dengan apa? filem? bisnes? pengalaman? InsyaAllah aku nak berkongsi kesemuanya. Aku nak mulakan dengan Ramadhan dan Syawal lah. Pada tahun ni Ramadhan tersa lebih baik dari tahun lepas lebih sikit pelakuannya dan disiplinnya sebagai seorang muslim. Aku sentiasa berdoa agar diterima segala amalannya. Terima kasih kepada Ustaz Iqbal Elsunury :) (nanti aku akan ceritakan pasal beliau InsyaAllah). Ok, pada Hari Raya tahun ni memang meriah. Aku beraya di Ayer Hitam Johor bersama keluarga Lynn. Sentiasa aktif dengan ziarah sanak saudara bayangkan sampai 14 buah rumah sehari. Kalau kat kampung aku lain pulak kisahnya kitorang lebih gemar berkumpul di rumah nenek dan menunggu org datang. Mungkin tahun depan boleh bawak cara beraya di Johor tu kat N.Sembilan plak, barulah tak kene marah kerana tak berapa nak kenal saudara.

Biasa jela kan cerita aku ni heh! ....tapi aku rasa lebih happy dapat berkongsi rasa walaupun tak segalak status FB :)

Wednesday, March 30, 2011

MasyaAllah lamanya tak update blog!!!


Salam semua. Lama gile aku tak menaip kat blog ni dan bersawang dah rasanya. Terfikir jugak bila last aku mengketik ketak kan jari melengkapkan entry blog ni dari dulu sampai sekarang. Ada tak perubahan? Adakah jadi lebih ok dari yang terdahulu? Ataupun sama je....Aku berdoa agar segala yang dikerjakan dan diusahakan sentiasa diberkati. Yang paling susah nak dikawal ialah hati, Ya ampunn..

Minta2 ada perubahan...

Friday, June 04, 2010

Ego sunyi dan ego maut dan ego nikmat.

"Ego. Sikap yang unik didalam diri, tapi sedarkah siapa kita sebenarnya. Ya aku juga ada itu. tapi lama kelamaan aku rasa perlu ke? dimana kah kepentingannya,oh ya aku tahu untuk cover beberapa lubang kosong pada diri. Terasa macam ada sesuatu yang nak dikeluarkan tapi lubang itu kosong yang ada bekas suara-suara lama yang dilolongkan dulu. Cakap memang murah serendah harga cawan plastik di Mydin je. Bukan main pandai cakap. Cakap,cakap, cakap last skali nasihat! maklumlah dia sendiri diperbuat dari gentian kaca lutsinar, tu yang tak boleh menilai warna sendiri tu. Mata pandang simpan je lah, kalau rasa tercabar keluarlah dari reban. Bukan apa, takut berkokok tu tak tau mana nak bezakan jantan atau betina. Ego sunyi makan diri yalah senyap je tau2 meletup, ego maut jenis yakin malaikat kat bahu m.c dan ego nikmat rasa macam nak ajar orang je tapi perangai "ingkar". Jom sama2 kita taubat. "

Ini adalah cebisan skrip murahan yang akan aku usahakan menjadi drama. Pelakon tak tau lagi siapa hmm.,rasanya senang nak carik...ramai yang berbakat.