Maaf kepada semua kerana tidak membuatkan blog ni seperti tahun2 yang lalu, panjang menerangkan sesuatu dan berkongsi pengalaman. Minda seolah2 beku melahirkan sesuatu yang jujur tak tahu mengapa ia lebih rela disimpan didalam hati. Mungkin mata ni dah selalu melihat status2 manusia di FB, membuatkan pengkongsian hidup ini menjadi megitu murah sekarang. Kadang2 terfikir elok ke bercerita tentang diri dan mengharapkan seseorang respon kepadanya? Tapi fikir2 balik elok jugak dari memendam rasa. Yelah tu, FB dan Blog saya sama saja sunyinya...
Aku mengimbas kembali entry2 lama yang pernah aku buat, tersenyum sendiri dan pelik pun ada mana datangnya semua tu. Dah pun menjadi nostalgia tulis-tulisan tersebut.
Aku rindu juga ingin memanjangkan blog ni...nak mulakan dengan apa? filem? bisnes? pengalaman? InsyaAllah aku nak berkongsi kesemuanya. Aku nak mulakan dengan Ramadhan dan Syawal lah. Pada tahun ni Ramadhan tersa lebih baik dari tahun lepas lebih sikit pelakuannya dan disiplinnya sebagai seorang muslim. Aku sentiasa berdoa agar diterima segala amalannya. Terima kasih kepada Ustaz Iqbal Elsunury :) (nanti aku akan ceritakan pasal beliau InsyaAllah). Ok, pada Hari Raya tahun ni memang meriah. Aku beraya di Ayer Hitam Johor bersama keluarga Lynn. Sentiasa aktif dengan ziarah sanak saudara bayangkan sampai 14 buah rumah sehari. Kalau kat kampung aku lain pulak kisahnya kitorang lebih gemar berkumpul di rumah nenek dan menunggu org datang. Mungkin tahun depan boleh bawak cara beraya di Johor tu kat N.Sembilan plak, barulah tak kene marah kerana tak berapa nak kenal saudara.
Biasa jela kan cerita aku ni heh! ....tapi aku rasa lebih happy dapat berkongsi rasa walaupun tak segalak status FB :)
No comments:
Post a Comment