Pages

Monday, October 02, 2006

Cerita semulajadi

Aku bangun lewat ari ni lepas sahur , subuh terus lelap
sampai nak dekat tengah hari, kaw! kaw! aku bantai aku tido,..
pikir2 nak gi book store nak buat research sikit. Last minit
tukar plan rasa nak buat location hunting lah pulak.
Nak survey tempat nak buat shooting projek kitorang.
Faizal angin kerana tak jadi gi kedai buku.


Wow! sejauh mata memandang..

Casting! casting! 123 over!

Di lokasi
Kat sini permandangan memang best tapi kawasan masuknya
tanah tak berapa cantik, ada problem sikit untuk ambil
angle long shoot nanti. Bagi kaki pancing sini boleh tahan
jugak ni. Amang, Apai, Padi kita boleh tawan tempat ni, yeeah!



Flora & Fauna
Aku dapat close-up banyak pokok hutan
yang cantik-cantik, cendawan merah,
pucuk muda dan bunga-bunga kecil kat sini.


Director cut. Dan pemenanganya ialah....'Tiny flame' .
Ia menjadi gambar pilihan xpdc kali ni.

Macam boleh buat satu babak kat sini nanti tapi aku
tak pikir lagi art directionnya...


Inspirasi pertama KLCC

Satu kejutan

Dalam aku dan Faizal sedang asyik menghayati keindahn
alam tiba-tiba aku terdengar suara budak kecik. Aku cakap
kat Faizal aku nak cari kat mana punca suara tu, mula-mula
dia tak nak tapi aku cakap kita andaikan macam kita berlakon
dalam cite LOST heh! Jalan punya jalan terserempak dengan
sekeluarga orang asli...berdebar nih semua tengok kat kitorang....


we are family

Dari jauh diorang perasan dengan kehadiran kitorang,
aku angkat tangan terus menyapa nasib baik dibalas dengan
seyuman buatnya dibalas dengan tombak, hishh!
selisih malaikat 44.Tak sangka pulak jadi camni best lah pulak!
Apa lagi kitorang terus duduk dan baik punya sembang ngan diorang.
“ kami tak biasa duduk kat bandar lah bang,..
bising tak tak tenteram, duduk kat utan ni lagi best”
..Kata salah seorang pemuda orang asli tu. Macam -macamlah
cerita yang keluar pasal pancing sudah tentu, pakai umpan apa
kat sini port mana yang paling best , macam-macam lah , kalau
hari2 biasa asyik duduk kat opis depan komputer je, kerja, kerja kerja....
Dapat panorama yang lain sikit macamni sedikit sebanyak
menjadi ubat pada badan dan minda ni.


Kasih sayang asli..


Natural look from me..

Anak kecil ni tak tau apa pun dari awal aku datang budak
ni asyik tengok aku dan Faizal je, tak pe nanti aku datang
lagi aku belikan lolipop. Yang buat aku rasa kagum tu kat
diorang ni ialah diorang memang bangga jadi orang asli dan
mempunyai jati diri yang kuat. Kan best kalau kita
orang melayu cam tu :) tak terikut ikut baratlah timurlah...
aku cakap ni pun untuk aku gak hmm..tapi yelah kan
lain padang lain lah jugak belalangnya...


Damainya pemandangan

Tujuan aku nak survey tempat tadi, terus jadi istemewa
sikit bagi aku , yelah, dapat kenalan baru, pengalaman baru
dan cerita baru.Diorang cite kat aku dulu 5 tahun yang lepas
lagi best tempat ni, bunyai cengkerik sentiasa ada burung liar,
ayam hutan sentiasa berkeliaran. Kenyamanan udara tak yah
cakap lah perrh! syok siut. Sekarang oleh kerana pembangunan,
perumahan baru hutan rizab pun nak ditarah, sikit-sikit
lama-lama jadi bukit.
“nak tengok burung pun susah sekarang bang, bunyi cengkerik
pun susuh nak dengar”

Frust jugak aku dengar pemuda orang asli tu cakap camtu, ...
tapi bagi aku tempat ni masih kaya dengan karya semulajadi
cuma ada bising sikit lah disebabkan pembinaan dikawasan sebelah.


Inilah dinamakan teknologi insan..

“ Waktu aku datang lagi sekali, pastikan telipon ni dah ada line tau!”
itu lah kata-kata last aku sebelum aku tinggalkan
kawasan keluarga orang asli tu, berdekah jugak diorang
ketawa dengar ayat aku tu.

Kalau nak diikutkan misi nak mencari tempat untuk
pengambaran tak lah seberapa tetapi yang penting nilai yang
aku dapat pada hari tu iaitu kasih sayang, perpaduan dan
kesyukuran didalam sesebuah keluarga. Tu yang aku bawak
balik rumah, kagum jugak bila aku tengok benda-benda
semua tu ditunjukkan oleh sebuah keluarga orang asli,
senyuman dan raut wajah anak isteri mereka ketika diorang
berbual bersama sudah cukup mengambarkan segalanya.
Yelah selama ni kita tengok diorang kat tepi-tepi jalan je kan,
tak de peluang nak bersembang pun.

Aku akan pegi balik kesana,..memupuk persahabatan
dan lagi satu nak gi mancing, ketenangan tempat tu
membuatkan aku jatuh hati.

“.....Kita akan benar-benar terjaga apa bila
mata kita benar-benar melihat”

5 comments:

Apai said...

aku rasa ini adalah penemuan bersejarah yang tak boleh diabaikan begitu saje. aku tau roy, kau sebenarnya dah tertarik dengan keayuan anak dara tok batin kat situkan? saje je kau tak letak gambar dia kat sini. patutlah beria-ia sangat roy ajak gi mancing malam kat situ sebab nak dating ngan anak dara tok batin tu ye....

tapi cakap terus terang aku memang dah teruja sangat dah tengok lapangan pancing yang tersedia tu... nak pegi jangan lupa roger aku weiii...

shazrol said...

heii selipar, kau tak gentar dengan bitas? adakah kau hendak membuang air kecil dengan menundukkan kepada di mangkuk tandas, heeii selisih!

gayour said...

TAK ADIL!den tak pueh hati! ado ko patut ekau poie ke tompek yang syahdu cam tu tak ajak den. dah tu jumpo dengan oghang asli plak tu. bilo sebut oghang asli ni tekonang den kek kawan den oghang asli maso sekolah dulu. ontah poso ontah tak beliau sekaghang ni. ontah la. ghani moi nama beliau. ekau kalau tak nak den tinggal an kosan tumbukan kokal kek perut faizal, jangan buek laie yo

shazrol said...

Har! har! har! aku sukaa! akuu sukaaa!! patut ucapan Raya tadi Gayour patut duduk kat pangkin rumah orang asli tu... tak pakai baju pakai kain pelikat sambil pegang minyak gamat! hahaha..aakuu sukaaa!!! i love nature brother! yeahh!

faizalmukhtar said...

Hentikan penerokaan secara haram ke kawasan petempatan orang asli ini.

AWAS! Anda mungkin di perhatikan.