Pages

Friday, October 13, 2006

Macam mana kita melihat...



Aku suka menonton filem, suka mengkaji tentang idealogi,
cara dan pengaruh yang hendak disampaikan oleh
seseorang pengarah filem.

Baru-baru ni aku layan The Prestige arahan seorang
pengarah yang dilahirkan di London pada tahun 1970 dan
jangan tak percaya dia ni mula-mula start buat filem masa
umur dia 7 tahun, menggunakan camera 8mm kepunyaan
bapak dia. Beliau tak lain tak bukan ialah Christopher Nolan.
Bayangkan dalam umur camtu dah terdedah pada filmmaking.
Berbalik pada cerita The Prestige aku tertarik dengan
storytelling cerita tu yang mengisahkan 2 orang ahli
silap mata yang saling cabar mencabar dalam menunjukkan
skill magis masing2. Aku tak nak bercerita lebih-lebih nanti
spoil plak nanti korang gi tengoklah sendiri.

Otak konfius (topik lain)
Pengaruh yang hendak disampaikan, itu yang merisaukan aku,
yelahkan kadang-kadang banyak sangat propaganda yang
disampaikan secara halus kepada penonton. Tak kiralah
dalam unsur agama ke atau perkauman. Contohnya
seperti WTC yang sedang ditayangkan sekarang ni, yang
mengambarkan tentang penderitaan emosi warga U.S tentang
kejadian tersebut yang boleh menyebabkan perasaan dendam
dan takut sesetengah penonton pada sesetengah pihak menjadi
lebih berpanjangan. Inilah impak yang sebenarnya kita sedar,
tapi malas nak ambil tahu.

Macammana kita melihat pekara ni? Bolehkah orang yang
minat menonton filem macam aku ni mampu bertahan dari
peluru propaganda yang menghujani panggung wayang negara
kita bertubi-tubi?. Hanya berbekalkan pepatah lama ajalah
“ambil yang jernih buangkan yang keruh” ..sendiri mau ingat lah.

Imagin yang tertinggi...
-perkataan imagin tu dipetik kat blog Aida-
Bangsa kita kalau dalam filem kita asyik digambarkan
kena jajah je, British la, Jepun lah...walaupun itu yang
sebenarnya. Filem2 seperti itu perlu ada untuk kita
kenal siapa kita, kenapa jadi begitu,kalau boleh taknak
lagi jadi camtu. Kita patut selang-selikan dia. Sudah tiba
masa kita membuat aliran baru dalam filem kita yang dipanggil
“What If Concepts”. WIC ni kalau dialih bahasa ialah
‘Andaikata’...konsep ini bertujuan untuk pekembangan
ide dan boleh menaikkan semangat bangsa dan negara
secara tak langsung walaupun direkacipta. Tetapi tindakkan
ini memerlukan imiginasi tahap tinggi untuk direalisasikan.
Jangan bimbang Malaysia Boleh! ...kan!
Contoh WIC:- Andaikata negara kita memang tidak pernah
dijajah oleh sesiapa, apa yang akan terjadi? Andaikata kita
gambarkan negara kita nagara yang kuat lalu pergi menjajah
negara-negara lain?. Bukan nak mengubah sejarah tapi
sekadar hiburan yang berisi tu je. Contohnya India,
industri perfileman mereka boleh mengurangkan rasa tensi
penduduk yang mempunyai kepadatan yang tinggi setelah
dibuai dengan lagu-lagu merdu ditambah pula dengan
pelakon-pelakon kacak dan jelita. Hilang tension diorang
yang susah tu.Tu yang kita nak. Cuma kat negara kita ni
tonjolkan elemen-elemen yang boleh menguatkan kembali
jatidiri dan merasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Kalau dipanjangkan umur ingin menyusul juga....

10 comments:

faizalmukhtar said...

Pengamatan yang berteraskan pemikiran terbuka. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk menjana dan memperkasa gugusan-gugusan idelogi bernas yang yang tampak gersang sejak kebelakangan ini.

Arus perdana media nasional,terutamanya filem dan televisyen sangat runcing menyebarkan hiburan picisan caca marba. Tidak membina minda dan selalunya membantutkan perasaan untuk lebih progresif.

Ilham harus sejajar dengan kreativiti.

AYUH PEJUANG DAN AKTIVIS MINDA SEMUA! KIBARKAN PANJI SEMANGAT KITA DAN MAJU GERAKKAN INSPIRASI ITU!!!

Kita semua perlu kuat.

Kita semua perlu hebat.

Kita semua perlu jadi 'Jebat'.

shazrol said...

Kita mencari makan dengan bermimpi,
mimpi dimana langit bukanlah menjadi sempadanya...

keep on bro,
be an Ultimate dreamer!

Anonymous said...

Mana best jadi jebat..
Jadi tuah pun tak best.

paling best jadilah 'sultan' tuh.. :D

shazrol said...

Catborg, sebenarnya Tuah dan jebat datangnya dari mulut seorang budak yang lahir dalam tahun 1400 dimana dia membayangkan petelinhgkahan dua orang pakcik dia dikampung. Dari tahun ke tahun dia budak yang berimiginasi tinggi ini bercerita untuk menghiburkan rakan sampailah ke anak cucu dia,turun temurun dari generasi ke generasi...Tuah Jebat tidak benar, apa yang benar ialah seorang budak yang bercerita dimana ceritanya masih ada sampai sekarang....


Andaikataa......;)

faizalmukhtar said...

sudah...

dah macam drama bangsawan pulak jadinya ni!

Apai said...

tapi aku pelik kenapa sampai sekarang aku masih takde minat nak ke panggung menghabiskan wang ringgit untuk menonton wayang ciptaan orang malaysia.

aku tau kenyataan aku ni bunyinya macam dah basi je... tapi aku tetap nakkan jawapan yang pasti... sape boleh jawab?

Ajami Hashim said...

andaikataa..

..is word of a dreamer yg kadangkala jadi realiti plg power dlm byk2 nightmare seorg 'mat jenin' bila di ujung pokok yg dipanjatnya tejumpa sarang 'cicakman' yg bakal mengubah nasibnya mnjadi 'sidekick hero'! amacam?.. mmg aku teringin jd camtu!.. superheroes 'andaikata' msia :-)

Delly said...

Tapi selipar, kalau dapat tiket free citer melayu, hang pi tak? Heh...heh..heh.. Biasalah, wayang Malaysia adalah garapan kisah yang luhur tentang masyarakat dan budaya kita, sesuatu yang kita dah biasa dan alami sendiri, kenapa kita nak tonton lagi? Tapi all the movies from western atau mana-mana pun adalah hebat kerana perbezaan budaya, tempat, orang etc etc. Sesuatu yang jarang2 kita tengok. Citer Bollywood entahpape pun kita kata hebat, citer Superman yang tahpape pun kita kata superb, ye tak??

Sebab tulah filem Gubra and Sepet all the outsiders yang appreciate, bukan kita as Malaysians, sebab apa? Sebab pada diorang, citer ni lain daripada jati diri diorang.

So thats about it.

Anyways, citer Hang Tuah tadi, confirm dongeng la ek??

areyoung said...

WIF jalan ke arah filem 'berisi'.. tapi yg banyak sekarang, filem utk 'nasi' ; )

areyoung said...

Ops.. sorry terkeliru plak ngan ~ i mean WIC.. haha