Friday, January 05, 2007
Apa yang kita cari...
1 Januari 2007 Kg Tanjung Limau Sri Menanti N. Sembilan....
macamana nak mula a,..hmm, okeyy, kebetulan tengah
menyambut Hari Raya Aidiladha dimana membolehkan aku
membuat tuning otak aku ni kat kampung. Rumah kuning
rekaan datuk yang terletak dibawah pokok sena botak menjadi
permulaanya. Rekabentuk pelik sikitlah ada serambi
dihadapan dan kanan rumah ala-ala resort, warna kuning pulaktu.
bahagian dapur tiangnya tercacak kat sungai kat bawah rumah tu.
(Yup! ada sungai kat sebelah belakang rumah ni)
Lain, memang lain tapi itulah keunikannya...
Segar,nyaman, indah, tenang...layannn...
Pagi-pagi buta dengan tak mandi lagi,( sejuk nak mampus,
bukannya malas) aku capai basikal tua nenak aku, tah! tiba-tiba
je terfikir nak mengayuh basikal, biasanya kat kampung
time2 ni dalam selimut lagi. Apa yang aku dapat masa
dalam perjalanan berbasikal ni ialah barulah aku tahu betapa
luasnya dunia ni sebenarnya..tak kiralah kat mana pun kita
berada, rezeki tak pernah habis walaupun semua manusia
dalam dunia ni mencari benda tu. Ini kerana kehendak
kita berbeza. Tak payahlah nak gaduh-gaduh...
Aie aku pinjam pose Husin dalam ADS jap bleh! kata nak buat movie...
Nak hilangkan penat tempat yang paling best kat sini ialah
Tobek Ghodang, sebuah tasik yang selalu aku pergi untuk
memancing. Lepak kat bawah pokok, layan tengok
anak-anak ikan berenang-renang, syok gak.... Jatuh cinta lagi...
terdetik kat dalam hati aku......setelah melihat, merenung
dan berfikir sejenak...
‘ aku dah dapat dah’.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
aku rasa dah banyak kali dah aku dengar kau keluar statement, "aku dah dapat dah" tu...
kali ni apa pulak yang kau dah dapat haa??!!
;p
Shh..
Rahsia didalam rahsia.....
semakin sarat berpuisi nampaknya... hmmm... caya lu beb.
tapi satu den tak pueh hati... bilo weii nak poie tobek ghodang laie...
lamo dah den tak bawak beskal. tak tau la buleh ko tak laie. tapi ghaso eh buleh laie. ayuh roy, kiro lumbo beskal pasal den ghaso den dah lamo dapek dah!
Gayour, den tau ekau maso kocik-kocik dulu kan..bangso naik beskal colah palang tu kan...sobab baskal lobeh bosa dari tuan ne...nantilah kalau ado gamba, den tunjukkan cagho e....tapi dengan syarat kono baskal tuo...baru menjadik....
*Maso mulo2 blaja naik beskal dulu selalu langga pokok kuinin uwan den hehe..sobab tak tau nak belok...
"apo mampuih! yo bega, capalihh" antara ayat Uwan den...
Post a Comment