Tuesday, January 30, 2007
Tiga
Ini bukan mata hati
Aku sudah puas dengan corak yang selama ini aku reka dengan
bergurukan pengalaman, corak yang amat cantik dimata insan
yang ikhlas menerimanya, ada jugak yang berpura-pura menyukainya....
biasalah itulah kita. syukur, terimakasih pada Dia.
Aku juga terlibat dalam aktiviti lazim itu, ketawa kerana mengikut
orang ketawa, menari mengikut apa jua rentak yang didendangkan
walaupun rentak tersebut amat mual dimata-mata tertentu. Tetapi
apabila menangis tiada pula yang sudi bersama mengapa, malu?
heh..mudah sekali tertipu dengan ego diri..apa lah nasib.
Takut sangat untuk merasa benar....rileks lah!
lepaskan energi diri secara ikhlas, sampai-sampaikan kebaikan,
sayang-sayang semuanya tolonglah jangan melepaskan tengkuk
sendiri aja....orang melayan kita kadang-kadang takut dengan
kuasa pinjaman yang kita ada...buat lawak bodah pun terpaksa gelak....heh!
maafkan bahasa aku..tolonglah berfikir, beringat sikit.
Aku juga mempunyai barah yang sama, tapi percayalah setiap hari
aku cuba melawan dan ada juga aku tewas denganya...bangun balik,
lawan lagi....sakit , perit, pedih semuanya ada.
Tapi percayalah setelah dibuang, alam ini lebih bermakna ,
termasuklah jugalah alam-alam yang lain.
mungkinkah dah dapat apa yang handak aku rasa?..nikmat
cinta sebenar yang telah dikurniakan.?
Ye ke..betul ke,..lu biar betul bro...itu kesangsian yang tidak
boleh kita halang...dia pasti datang.
Terus je lah, barah dah tak de apa yang dirisaukan lagi...redah je lah...
Selagi kita berjalan dibawah langit..
kita tidak keseorangan........Dia ada
Apa yang perlu kita buat
hanyalah 3 perkara
1)KITA MINTA,
2)KITA PERCAYA,
3)KITA DAPAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ya,segalanya pinjam-pinjaman sahaja. Dan kita, bukan seorang di bawah langit.
Geddit! ; )
mantera keramat... suara keramat.
ayuh bangkit!
Pergh..bro, u rock!! Fly high, higher n higher..
Those are 3 things that we shudnt forget..Chayuk!!
;)
Post a Comment