Sedang aku berbual-bual dengan Faizal kat kedai
mamak SS18 mata aku tertumpu dengan seorang
budak perempuan berbaju sekolah yang duduk
disebelah kitorang. Kelihatan diatas maja disebelah
kanannya tersusun kemas buku-buku tambahan
yang dibawanya. Manakala dihadapannya terhidang
nasi daging merah yang telahpun tinggal separuh.
Tangan kanan memegang sudu manakala tangan
kirinya memegang sebuah komik Archie's. Memang
mula-mulanya aku hanya mencurik pandang kerana
bimbang pengamatan aku disalah ertikan. Tetapi semua
tu berubah dengan kehadiran seekor kucing yang melalui
dicelah kaki aku. Aku memang sukakan kucing, jadi aku
usap kepala kucing tu berkali-kali. "Cit!cit!cit! ...budak
tersebut memanggil, 'meeaw...si kucing terus melulu
kearah budak tersebut, dilemparkan sepotong daging
merah. Mungkin satu senario biasa perlakuan tersebut,
tetapi kali ini aku tidak lagi mencuri pandang, aku terus
memusingkan kepala kekanan untuk melihat aktiviti
tersebut. Satu persatu daging merah diberikan kepada
kucing bertuah itu, sesekali budak perempuan itu menyuap
sendiri daging tersebut kemulut si kucing. Budak perempuan
itu perasan aku sedang melihatnya lalu memandang
memberikan senyuman kat aku...aku membalas.
Tumpuan aku kembali topik perbualan dengan Faizal. Sesekali
menjeling semula kekanan kelihatan kemesraan diantara si kucing
dan budak perempuan tadi masih terjalin. Habis licin daging
merahnya dia hanya memakan nasi dan kuahnya sahaja.
Besar juga pengorbanan bagi budak perempuan sekolah petang
yang berbadan montel ni. Kini si kucing bertuah dipangkunya
diusap kepala dan lehernya penuh kasih dan sayang.
Aku gembira melihat suasana itu dapat aku rasakan didalam
hati lalu terpancar dibibir sebagai senyuman. Sebelum kami
beredar aku sempat melihat 'name tag' budak perempuan tu.
Siti Aisyah namanya, .....
2 comments:
assalamualaikum, sayang sungguh siti aisyah tu kepada haiwan bertuah tu ya....
maksu: Waalaikumsalam. Hari tu mata saya rasa ingin sangat melihat. Alangkah indahnya sekiranya setiap hari mata ini dicuci dengan senario itu. Biarkan cinta berkumandang...
Post a Comment