Pages

Monday, July 23, 2007

Buat je! Janji Happy


Bukan main suka lagi diorang ye! Ha, tengok lah si Lennon tu.

Aku pernah cakap pada seorang kawan tentang bagaimana
tak nak bagi life kita ni boring, ..hmm pernah tak korang rasa
kadang-kadang rasa malas je nak gi kerja kerana dan biasa sangat
buat perkara yang hari-hari kita pulun. So kita kena tukar warna
kehidupan kita kerana warna ni ada jangka hayatnya yang tersendiri.
Maksudnya kita kita mesti ada anjakkan paradigma. Buat sesuatu
yang tek pernah kita buat sebelum ni, cuba benda baru!
(yg positif je lah korang buat ek) kalau korang seorang peguam, asyik
bercakap je dan selalu jumpa orang ramai sesekali cuba diam berhenti
berhujah dengar pendapat pulak,bela kucing, pergi zoo...memang lah
kelakar bunyinya tapi sekurang-kurangnya kita dah lari daripada kebiasaan,
so tolak satu hari yang boring, tambah satu hari yang interesting!;).
Kalau korang seorang pengkarya...buatlah satu karya yang agak gile yang
membolehkan orang ramai bercakap tentangnya. Yelah selalu buat
benda sama je bosan lah jugak. Orang nampak karya kita terus jadi
tumpuan. " Nanti korang dapat feel sesuatu"jeng!jeng!jeng!. Semua tu akan
menambah cabang peluang dalam hidup kita, yelah orang luar mungkin
akan perasan tentang keunikkan kita. Mungkin rezeki pun bertambah.
Jangan jadi hemster yang berlari didalam roda, laju bukan main
tapi masih kat situ jugak.

"Kita ialah apa yang kita fikir" Pepatah yang sering kita dengar,
beras secupak tak jadi segantang, sampai mati pun nasib akan jadi camtu,
kalau kita nak sangat berpegang dengan falsafah tu. Maaf ye! bukan tak
bersyukur, kita dilahirkan mesti ada tujuan. Diibaratkan kita diberi kertas
yang kosong dan sebatang pensel, tulis lah apa saja diatas kertas tu,
kerana perancangan ada didalam tangan kita, yang menentukan DIA.
Yang penting kita perlu minta, yakin dan seterusnya kita dapatlah.
Tambah nilai dalam kehidupan kita. Kita jadi apa yang kita fikir.
Aku bercakap melalui pengalaman, setelah aku keluar disebuah
dunia dimana sekiranya aku tak bersungguh aku lumpuh tapi bukan mati,
pelbagai pengalaman dan ilmu yang aku dapat. Walaupun masih
setahun jagung. Tak semestinya kena berhenti kerja baru boleh
berjaya,tak semestinya. Cuma jangan lah complain sekiranya kita
tidak berpuas hati dengan apa yang disajikan oleh majikan.
Kerja saja lah,buat yang terbaik. Nak lebih buat lebih, kalau
dah buat lebih tak dapat jugak, langkah keluar, ha.. kat sana kita
boleh tentukan apa yang kita nak jadi. Banyak petanda disekeliling
kita cuma kita kena peka je dan banyak bertanya. Contoh terdekat!
pergi kat boss kita tanya dia, boss, boss macamana saya nak jadi
macam boss. Aku gerenti dia beritahu punya.

Tapi yang paling baik apa yang kita lakukan atau aku sendiri ialah
kita mesti "feeling good" sentiasa, kerana perasaan seronok itulah yang
akan menggariskan kebahagiaan yang mendatang. Peace!


3 comments:

Haryani Kamilan said...

Impian...

Saya masih lagi terperangkap dalam mimpi dan angan-angan...

Ah! bilakah impian untuk berkahwin dengan orang kaya dan diberi peluang duduk menulis di rumah dengan sepenuh masa ini menjadi realiti? I just want to be a writer..

Huhu...

gayour said...

rindu hatiku tidak terkira
terkenang orang di sanee...

shazrol said...

redenputri:cuba carik buku yang tajuk : Law of attraction" kat MPH ada, mimpi anda mungkin boleh dinyatakan.

Gayour: I miss u too,isk!isk!