Pages

Thursday, June 05, 2008

Dalam gelap ada cahaya


Kita meminta sesuatu daripada kehidupan supaya membawa sesuatu keindahan. Dan selalunya dapat seperti yang diminta bergantung berapa kuat minda kita berkerja untuk mendapatkannya. Memang susah untuk membuat perubahan kerana sememangnya ia memerlukan pengorbanan. Teringat aku pada kata-kata arwah sepupu, beliau berkata " long kalau kau nak sesuatu kau kena korban sesuatu". Apa saja yang dimahukan mesti ada pengorbanan. Contoh kalau nak tackle awek tapi malu..apalagi korbankan malu tu..pergi je lah ada dua keputusan dapat dengan tak tu je. Ada rugi tak? Tak de kan, sekurang-kurangnya tahu kita bertepuk sebelah, atau kedua-duanya.


Alhamdilillah aku masih disini berdiri teguh dengan kekuatan yang baru jatidiri yang baru kesan daripada pengorbanan yang telah dibuat tidak lama dahulu. Masa ni la jugak datangnya cabaran dan ujian yang terlindung seribu hikmah. Berserah sepenuhnya kepada yang Maha Esa itu yang yang paling penting. Alhamdulillah,..ada hadiahnya.


Dah lama aku tak update blog ni, sibuk terlampau. Minta maaf pada kengkawan. Nanti kita akan bersua bagi terletak sini dan sana dulu. Nampaknya Pulau Langkawi menjadi kampung kedua, kerap jugak aku kesana, rezeki memanggil disana. Terimakasih pada Dia. Aku akan berjalan dengan nama diri sekarang, tengah menyelam tunggu nak timbul. Rasanya lama sudah didasar, rindu jugak dengan panorama langit nan biru. Aku adalah aku tiada keduanya cuma ada Dia yang sentiasa menyayangi.


Terima Kasih pada isteri yang paling menghargai dan sentiasa memahami.

4 comments:

Anonymous said...

wish ya all the best bro!

Anonymous said...

Brother Roy !! ;D

apa khabar? aku tengah dok cari gambar Jefri Zain, terjumpa pula blog kau nih ;) seronok membacanya. kirim salam che lynn skali. Lama x jumpa korang berdua..

best,
Jiman

Anonymous said...

hai abang roy???

shazrol said...

deqnor79: thanks sis

Jiman: Elo bro..hehe hero aku tu..ada style! Thank you

Pengeran cinta: Haaiiee!