Pages

Wednesday, September 17, 2008

Apa ada dalam kepala En Mamat



Kalau begitu kenalah kita bertiga, aku Mamat,Roy,Pekin.

Senggol-senggolan Faizal membuatkan Abg Mat putih mata.




Dimulakan dengan tayangan trailer cerita terbaru Mamat Khalid, yang berjudul Estet membuatkan aku lebih ingin tahu apa yang ada dalam kepala otak beliau. Aku pernah berborak bersama beliau sampai pagi mendengar konsep dan pendirian beliau tentang filem. Aku rasa tak terjejak lagi untuk menjejaki pemikiran beliau. Tapi satu yang aku faham ialah originaliti dan jatidiri mesti dipertahankan. Mamat Khalid buat filem hendak menyampaikan sesuatu dengan cara dia. Beliau berkata walaupun sehebat mana sekalipun konsep yang dilontarkan sehebat mana cita-cita kita untuk mewujudkan filem tapi kita masih kecil "disini". Itu yang aku gerun pada awalnya, tetapi setelah nampak rakan-rakan adik-adik dari Uitm dan ada muka-muka besar filem penuh memenuhi ruang auditorium FINAS aritu aku mula yakin. Yakin bahawasanya jalan telah dibuat. Terimakasih pada Abg Mat.

2 comments:

maman said...

ehehe Ada ape dalam KEPADA ke KEPALA?
tu yang best ngan b.roy nih! ehehheh
semuga tercapai cite2 b.roy tue!

shazrol said...

Kepala sebenarnya hee..
Masih diusahakan lagi.Insyaallah maman tunggu dalam tahun ni je.Doa sama2 ek.Tapi Abg Roy bersyukur walaupun perjalanan agak berliku tetapi ada cabang-cabang peluang hebat didalamnya.Cuma jangan putus asa tu je bro.Jangan sesekali putus asa.Teimakasih kerana menjadi sebahagian daripada semangat ku.