Pages

Thursday, September 25, 2008

Tunggu saja hadiahnya...

Adakah setiap pengorbanan itu ada pembalasnya? Contonya seorang ahli silat berlatih kuat dari pagi hingga malam hinggakan jatuh pengsan tiba-tiba. Adakah berbaloi pengorbanannya? Seorang guru yang berkorban berhadapan dengan kerenah nakal anak murid disekolah,nak pukul serba-salah terpaksalah sabar menahan. Seorang ibu yang bekerja kilang mengikut shif malam lalu meninggalkan anaknya dirumah jiran. Jiran buat susu untuk si anak, memberinya lalu bergegas keluar untuk membeli keperluan dapur dikedai runcit. Tinggal si anak tadi bersama anak lelakinya didalam bilik tetapi masih tidur tak tahu entah bila nak bangun. Apa cerita pada si anak? apa pula perasaan ibu yang ragu didalam hati memikirkan tentang anaknya itu? Pengorbanan seorang tentera yang baru ditugaskan ke sempadan untuk mengawal keselamatan negara, mendapat berita bahawa isterinya sakit hendak bersalin. Berbaloikan pengorbanan abg askar tersebut? Pengorbanan malu seorang menteri yang singgah makan bersama orang kampung disebuah warong kopi walaupun dia tahu seluruh warong tersebut bercerita tentang kekayaan dan kelemahan beliau dimana tanggungjawab sebagai pemimpin adalah yang paling berat. Berbaloikan? Seorang profesor yang telah bersara dari pusat sains telah diberikan segulung sijil penghargan yang diprint diatas sekeping kertas artcard 100gram, diatas taklimat yang beliau berikan kepada perintis yang baru. Berbaloikan pengorbanannya selama ini?

Ia bagikan sudah menjadi hukum alam. Setiap pengorbanan mesti ada pembalasannya atau hadiah yang diberikan. Membuatkan diri rasa puas yang tidak terhingga. Tetapi yang menjadikan hadiah itu bermakna dan berkat ialah keikhlasan dan redha. Persoalan yang sanggupkah kita dan mampukan nafsu bertahan dengan segala pengorbanan tersebut...
Pada pandangan aku balasnya tetap ada, sama ada kecil atau besar..insyaallah. Tapi untuk diri ini kadang-kadang goyang juga.gugup juga..hiba juga...tapi kembali tenang apabila memikirkan tak siapa pun tahu tentang hari esok, tapi kita tahukan bahawa ada cahaya mentari menerangi dan sejuk malam yang menyenangkan.

Syukur...

2 comments:

Unknown said...

aku selalu kagum dgn keikhlasan yg sgt ikhlas & pengorbanan yg tidak ternilai lelaki ini dlm banyak situasinya...smpi kdgkala mengundang hiba....

InsyaAllah, yg pasti PERCAYA,IKHLAS & REDHA pdNYA...ada HADIAH BESAR menanti mu, sayang...yakinlah..

shazrol said...

Lynn: Love u