Pages

Thursday, October 30, 2008

pensel+ink+warna=jenglot

Bayangkan kalau masuk hutan jumpa diorang ni, agak-agak siapa yang lari dulu...Agon seekor pepatung pink dan Jay seekor err..seorang.hmm..alah hentam je lah! ...pari-pari kecik yang berada didalam spesis Jenglot. Yang uniknya golongan atau mahkluk ni hanya didapati dikawasan khatulistiwa sahaja. Makanan kegemaran Jay ni ialah telur semut dan beri hutan tapi didalam lubuk hati dia yang paling dalam teringin nak makan nangka madu.
Jay ada keinginan juga untuk bertemu haiwan lemur didalam golongan primat.Haiwan ni comel berekor gelang yang tinggal di hutan Madagaskar, duduk kat pulau di luar pantai Afrika Timur. Apa yang magik nya kat sini ialah Agon, walaupun dia ni kecik tapi dia bijak dan selalu memberi info dan kadang -kadang soalan maut kepada Jay seperti " Jay tau tak platipus tu bukan burung dan bukan reptilia tapi dia bertelur." dan tak lupa dengan soalan maut nya "Awan mengambil masa selama 10jam untuk berputar mengelilingi Musytari.Berapakah kelajuannya?" dan begitulah gelagat diorang ni. Aku pun menyampah jugak nak layan ngada-ngada dia ni tapi tu lah....tak layan kang kesian. Op! sebelum terlupa misi Jay sebenarnya nak cari keluarga angkat dikalangan manusia, gara-gara admire ngan Stuart Little. Heh! macam-macam..

2 comments:

DancingQueen said...

Abg roy,haiwan lemur tu apa?

shazrol said...

deelaila: haha..lemur haiwan yang kuat ukhwahnya.