Pages

Saturday, November 15, 2008

cerita & cherita


Aku kat kedai makan kat depan opis, hari Sabtu 8.malam. Nak rasa update blog sambil makan mee goreng. Baru saja habis assesment student Printing degree 03. Masuk ni dah tiga semester dah ajar mengajar. Aku terkejut dengan kejutan yang diberikan oleh student aku. Sama terkejutnya dengan student aku apabila projek akhir diorang bertajuk " Malaysian Superhero" Adiwira Malaysia kalau dalam bahasa melayu. Design Communication & Profesional Practice- nama subjek yang aku ajar. Bagi aku pembikinan watak adiwira ini membantu student didalam mencapai matlamat subjek dan aku membawa diorang kesatu perspektif yang berbeza serta pengalaman berdepan dengan pengkritik profesional. Alhamdulillah semuanya happy aku lihat, dalam hati tak tau lah.

Cerita kedua ialah proses pembikinan ADIWIRA satu cherita. Tidak ada ayat yang boleh aku gambarkan rasa terimakasih kat team produksi yang sudi berkerjasama dengan aku. Dalam segala aspek aku bersyukur dan berterimakasih. Subhanallah. Cuma watak ibu didalam Adiwira yang masih bermain didalam kotak otak aku. Ada beberapa nama tapi masa diorang yang tidak menyebelahi aku. Masih mencari lagi dan aku ada masa 4 hari saja lagi. Watak ibu didalam Adiwira perlu bermain emosi kerana melayan anaknya yang kurang upaya. Proses dan gambar-gambar belakang tabir akan aku siarkan dihalaman - indeworkshop.blogspot.com-.

Gudang, studio,gudang,studio, manakah satu pilihan hati memandangkan budget amat ketat. Terdapat babak petarungan yang mula-mula aku rancang nak shoot kat kawasan lombong tetapi didalam perbincangan dengan DoP di studio lebih baik. Kerana semua kita boleh control, cahaya, angle, angin, cuma Art Depertment kena masuk awal skit untuk setting. Oklah...ke studio lah kita. Buat kawan-kawan yang diluar tu aku hanya minta sokongan korang buat family aku hanya minta kesabaran korang. Banyak majlis-majlis keluarga dan kengkawan tak dapat aku hadir kerana masa yang terhad sekarang untuk menjalani kehidupan seperti dulu. Maaf lah!

ADIWIRA sebuah cherita adalah jawapannya...nanti sama-sama kita preview. Tiba-tiba bini aku sms pulak dia kata ada good news, tah apa tah good news dia. Aku nak pergi tanya dia kejap...

Kak! bungkus mee goreng ni!

No comments: