Pages

Wednesday, February 11, 2009

emosa emosi

"...Cerita cam ni kau kata best Roy!?", kata-kata seorang sahabat yang membuatkan aku meluahkan kata-kata secara emosi mempertahankan sedikit sebanyak kehebatan yang ada pada cerita Ong-Bak2. Bila balik aku terfikir sendirian, tak semua mempunyai citarasa yang sama dan tak semua juga berfikir macam aku fikir. Ada takut sedikit sebenarnya kerana filmaker adalah kerjaya yang aku impikan, bayangkan darah yang masih cair ni...lagi akan perkatakan. Dalam tahun ni juga aku akan menjalankan pengembaran cerita pengambaraan aksi versi Shazrol Suhaime. Apa yang paling baik adalah mengetahui target yang aku nak tujui, sekurang-kurangnya ada fokus terhadap plot dan teknik yang akan dibuat. Kalau ada yang tidak bersetuju tu mungkin bukan termasuk didalam target sasaran aku.

Aku kagumi babak-babak aksi dan props serta planning Tony Jaa didalam Ong Bak2. Sehinggakan jalan cerita yang biasa tidak aku hiraukan langsung. Mungkin target diorang nak paparkan ketangkasan seni beladiri dan budaya agaknya. Gilalah bebudak Thailand tu...(harap2 bebudak Thailand puji bebudak kita cam tu gak....bila ah?)...Apakah formula kepuasan semua? aku rasa Mr Lucas, Mr Bay dan Mr Spielberg pun mencari formula tu. Aku rasa yang penting kepuasan diri dan sedikit sebanyak menyumbangkan sedikit rasa pada penonton yang melihat.

Ahh..buat je lah! kalau banyak sangat cakap, aku boleh bagi pinjam kamera,tripod dan mesin editing, BUAT SENDIRI! ..Wah! emosi...

8 comments:

faizalmukhtar said...

Kau nak jumpa Tony? Boleh Jaaa...

(lawak rendahan aku diwaktu pagi)

shazrol said...

faizal: Negara jiran je kan. Ada rezeki skit aku nak gi Thailand kau kena ikut.Study Leave!

gayour said...

entri ni benar2 menaikkan emosi gua. ops! bukan saja emosi tapi ghairah!

ekau lobeh2 an sangat filem tu. tang tu den memang emosi!

shazrol said...

Gayour: Hiss..merembes mak!

faizalmukhtar said...

gua dengar, gadis-gadis sana manis, sopan dan sarat dengan adat ketimuran.

setuju!

Anonymous said...

salam...
Roy, xde yang betul dan salah dalam filem ni...
aku ada share sedikit sebanyak formula formula filem yang baik dekat weblog aku...
terutama ong bak 2...
mungkin blh jadikan rujukan kau...

Anonymous said...

aku tengah asah dan mengumpulkan MAP filem filem sebagai rujukan masa akan datang...
nak tahu apa itu MAP, set jumpa kat mana mana...

shazrol said...

rozinorazali:ok,cun..wah!aku suka gerakan ni, nanti kita set.