Pages

Monday, February 02, 2009

indeworkshop ingin memulakan "sesuatu"

Aie menerangkan watak dan pembawakannya.
Nampaknya macam puas hati...layan

Pukul 5 pagi aku sms Aie tentang keinginan aku membuat sesuatu dengan dia, tak berjawab aku faham 5 pagi siapa yang rajin nak membalas sms. Aku nak sangat berjumpa dengan dia pada waktu terdekat saja nak meluahkan apa yang dihajat. Aku memperkenalkan pada Aie barisan watak utama yang sedia bekerjasama menjayakan projek ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan disenangi oleh semua pihak. Bukan senang nak mendukung karya orang beb! bepeluh jugak ketiak kalau aku mula mengimbau masa depan tentang perjalanan projek ni.

Aku dan Sesuatu diberi nama,...telah terpahat sekian lama dibadan sejarah perkomikan Malaysia. Aku cuba ingin mengambarkan watak Husin dan Siti Khadijah iaitu watak didalam novel komik saudara Aie Sulong ni secara nyata, dan mencabar kemampuan diri untuk memperhebatkan visual sehebat lakaran Aie tersebut. Fasa pertama ini aku ingin menyiapkan sedikit visual untuk dipersembahkan. Shooting telah habis dijalankan, cuma agak detail dibilik editing untuk mendapat mood yang diinginkan. Sekali lagi ingin buat gila..(itu yang Aie kata kat aku)tapi aku hormat dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada beliau kerana memberi kepercayaan kepada aku. Syukur pada Allah...dan aku meminta sokong pada dari semua kawan-kawan dan peminat "Aku dan Sesuatu" agar projek ini akan kelayar perak akhirnya. Aku akan memberi sehabis baik ke arah itu.

3 comments:

Pekin said...

2009 BKN MASA YANG DI TUNGGU2!AKU SETUJU!TAPI IA DI TUNGGU OLEH YANG MENUNGGU..SAMA2 KITA MEMBERIKAN SESUATU UTK DI KENANG...amin..

Anonymous said...

roy, wah aku suker sgt aku dan sesuatu tu, bila blh prawara ni...

Anonymous said...

chaiyok..chaiyok en roy!!