

Kelihatan sekumpulan crew pengambaran filem yang tidak tentu arah kerana ketiadaan director. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penyapu sampah hanya melihat gelagat crew-crew tersebut. Tidak lama kemudian penerbit menerjah dilokasi sambil memaki hamun crew yang ada. Tapi apa yang peliknya segala pengambaran pada hari itu telah pun selesai. Penerbit naik angin lalu mengambil penyapu yang tersandar pada kerusi pengarah lalu membuangkannya. Mata penerbit tertumpu pada kayu penyapu yang kaku terbaring pada lantai dengan seribu persoalan.(cut to) Atan hanya tersenyum lalu bersiul-siul sambil mengelap cermin yang berdebu. Itulah tugasan beliau, seorang cleaner di FINAS.
No comments:
Post a Comment